Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


ZIARAH PRIHATIN KEPADA ANGGOTA PEKERJA PKNP
19/10/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 19 Oktober - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar telah menziarahi Encik Roslim bin Ismail, bekas anggota pekerja PKNP pada petang semalam di kediamannya di Kampung Teluk Mahang, Kuantan.

Encik Roslim pernah berkhidmat di PKNP selama 24 tahun bermula pada 1 Januari 1992 sehingga 1 Januari 2016. Jawatan terakhir beliau sebagai Pegawai Tadbir Gred N41 (kontrak) di Unit Pembangunan Usahawan (UPU), Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan.

Pada kunjungan ini juga, PKNP telah menyumbangkan sebuah kerusi roda untuk kegunaan Encik Roslim.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan membantu memudahkan kehidupan harian beliau.

Hadir bersama adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus Hal Ehwal Korporat, Tuan Hj Mohd Ibrahim bin Hashim dan Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Encik Nasry bin Kassim.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.