Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP BAWA PULANG ANUGERAH ANTARABANGSA
26/10/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




New Delhi, 23 Oktober - PKNP melalui anak syarikat, Realistic Attraction Sdn.Bhd. menerima trofi anugerah Organisation for Business Development of Craft Sector di the 5th International Craft Awards 2022 (ICA), India Craft Week, di Okhla, New Delhi, India.

Pemenang bagi setiap kategori telah diumumkan pada bulan Januari 2021 yang lalu.

Anugerah telah diterima oleh Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar selaku Pengerusi Realistic Attraction Sdn. Bhd.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al - Haj juga merupakan salah seorang panel hakim bagi anugerah yang berprestij ini.

Anugerah ini dianjurkan oleh Craft Village India dan ahli jawatankuasa International Craft Awards (ICA) serta diwujudkan untuk mengiktiraf individu dan organisasi di seluruh dunia yang terlibat dalam seni kraf.

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Operasi Realistic Attraction Sdn Bhd (RASB), Puan Noraini binti Misran dan Pegawai RASB, Puan Nurul Syuhadah Binti Md Yusoff.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.