Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


YAB. MENTERI BESAR PAHANG BERTEMU ANGGOTA PEKERJA PKNP
04/11/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan, 3 November - YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail hari ini meluangkan masa bertemu hampir 150 anggota pekerja PKNP di Dewan Utama EDC, Kompleks Teruntum.

YAB. Dato' Sri sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Ahli Perbadanan PKNP Bil.2 / 2022 di Bilik Lembaga PKNP, Tingkat 16, Kompleks Teruntum.

Beliau berkata, PKNP telah berjaya keluar dari bebanan hutang yang besar dan pada tahun 2022, PKNP berjaya menyelesaikan hutang sebanyak RM 200 juta secara berfasa kepada CIMB Bank di mana bayaran yang terakhir sebanyak RM 30 juta telah diselesaikan pada bulan Mei yang lalu.

Penyelesaian hutang ini merupakan antara sasaran utama dalam Pelan Strategik PKNP 2021 - 2026.

Beliau juga berkata, PKNP telah berjaya mencatatkan keuntungan bersih pada dua tahun kebelakangan dan InshaAllah berada didalam prestasi terbaik untuk terus mencatat keuntungan bagi tahun 2022.

Inilah keuntungan yang Kerajaan Negeri harapkan daripada sebuah S - GLC seperti PKNP yang berupaya memacu pelan perancangan dan pembangunan terutama di sektor perindustrian, pembangunan hartanah dan pelaburan yang menjadi sumber kewangan utama, kata beliau.

Beliau berharap PKNP akan terus melakar kejayaan yang lebih besar di masa hadapan.

Turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan Pahang, YB. Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, YB. Penasihat Undang - Undang Negeri Pahang, Dato' Saiful Edris bin Zainuddin, YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato' Indera Nazri bin Abu Bakar dan Ahli - Ahli Perbadanan PKNP yang lain.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.