Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KURSUS TEAM BUILDING PERKUAT BARISAN ANGGOTA PEKERJA PKNP
11/11/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani








Kuantan, 11 September - Kursus Team Building PKNP telah diadakan bermula 7 November - 9 November 2022 yang lalu di BCIC Lodge, Kuantan melibatkan seramai 36 orang anggota pekerja PKNP.

36 orang anggota pekerja ini terdiri daripada anggota pekerja yang baharu dan yang telah bertukar skim perkhidmatan.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar telah merasmikan ini pada 7 November manakala majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), YBhgi. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin pada 9 November 2022.

YH. Dato' Mohd Faizal berkata kursus ini adalah satu keperluan kerana ia merupakan salah satu kriteria bagi pengesahan jawatan bagi anggota pekerja yang baharu dan juga kepada anggota pekerja yang bertukar skim perkhidmatan.

Malah, kursus ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah serta memupuk semangat kecintaan dan setia kepada PKNP. Kursus selama tiga hari ini dijalankan oleh SAC Consultancy Sdn Bhd.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.