Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


HARI INOVASI PKNP 2022 PENUHI MATLAMAT MEMBUDAYAKAN INOVASI DI PKNP
21/11/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani








Kuantan, 17 November - Hari Inovasi PKNP 2022 telah dianjurkan dengan jayanya pada 16 - 17 November 2022 yang lalu dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Antara aktiviti yang dianjurkan adalah Grand Kahoot Lean, Teka Kata Lean, Terjah Lean, Puzzle Lean dan Perkongsian Ilmu Digitalisasi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar, salah satu matlamat penganjuran hari inovasi ini adalah untuk menggalakkan budaya inovasi di kalangan anggota pekerja PKNP.

Malah, membudayakan inovasi ini memerlukan komitmen dari semua pihak dan pengurusan PKNP semestinya memberikan sokongan penuh.

Pada majlis perasmian telah diumumkan pemenang bagi pertandingan slogan Hari Inovasi PKNP 2022. Slogan Warga Inovatif PKNP Progresif cetusan idea Puan Siti Nur Fatihah Zamuri telah dipilih sebagai pemenang dan seterusnya diumumkan sebagai slogan rasmi Hari Inovasi PKNP 2022.

Pada majlis penutup, satu insentif kreativiti dan inovasi 2022 bagi mengiktiraf projek inovasi telah dianugerahkan kepada Encik Ahmad Nur Azrul bin Che Razali melalui projek yang bertajuk Pemetaan Tanah Hakmilik PKNP Melalui Aplikasi Google Earth.

Selain daripada itu, pembentangan bagi projek - projek baharu PKNP turut diadakan pada 17 November 2022. Projek yang dinamakan E - Biz idea ini melibatkan 27 orang anggota pekerja PKNP yang dibahagikan kepada 7 kumpulan telah membentangkan idea masing - masing.

Berikut merupakan pemenang pertandingan Hari Inovasi PKNP 2022

1. Grand Kahoot Lean - Zon Impresif (Pentadbiran dan Sumber Manusia)

2. Puzzle Lean - Zon Inisiatif (Khidmat Perundangan)

3. Asah Minda - Puan Ismawati binti Ismail (Khidmat Perundangan)

4. Cer Teka 2021- Zon Produktif (Perindustrian)

5. Teka Kata Lean 2021 - Zon Kondusif (Pembangunan Hartanah)

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.