Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAJLIS PERSARAAN ANGGOTA PEKERJA PKNP
12/12/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 12 Disember -  Ketua Pegawai Eksekutif, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar telah menyempurnakan Majlis Persaraan Anggota Pekerja PKNP baru - baru ini di Dewan Utama EDC, Kompleks Teruntum.

Dalam majlis ini dua orang pesara PKNP diraikan iaitu Hajah Fatimatuzaharah Abdul Shukor dan Haji Abdul Rahaman bin Abd Rani.

Menurut YH. Dato' Mohd Faizal, PKNP sentiasa menghargai dan mengiktiraf jasa dan sumbangan setiap anggota pekerjanya. Kedua - duanya telah banyak menabur bakti kepada PKNP.

Tambah beliau, generasi muda harus mencontohi sikap dan peribadi Hajah Fatimatuzaharah dan Haji Abdul Rahaman.

Sementara itu, Hajah Fatimatuzaharah telah berkhidmat di PKNP selama 37 tahun manakala Haji Abdul Rahaman pula selama 40 tahun.

Pengurusan dan seluruh anggota pekerja PKNP mengucapkan selamat maju jaya kepada Hajah Fatimatuzaharah dan Haji Abdul Rahman dalam setiap lapangan yang diceburi.

Majlis ini turut dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Yang Berbahagia Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus - Pengurus Bahagian dan Unit serta hampir 120 orang warga kerja PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.