Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PROGRAM USAHAWAN : DE DAGANG DAN TIK TOK SHOP
19/12/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani









Kuantan, 16 Disember - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dengan usahasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah menganjurkan program Digital Marketing di bawah inisiatif DE DAGANG dan platform pemasaran digital masa kini TikTok Shop baru - baru ini di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan.

Seramai 90 orang peserta menghadiri program ini dan telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato' Mohd Faizal bin Jaafar, turut hadir bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek.

Program dimulakan dengan ucapan pengenalan DE DAGANG oleh Encik Prasad Babu Ramulu, Pengurus Kanan Initiatif E-Dagang, MDEC.

Melalui program ini, usahawan negeri Pahang dilatih dan dibimbing untuk memasarkan produk secara digital bagi meluaskan pasaran.

Antara pengisian program termasuklah Bengkel TikTok Shop yang melatih peserta sebagai Content Creator atau Penyedia Kandungan dengan simulasi Live Streaming jualan produk.

Program ini melibatkan Tenaga Pengajar MDEC, Puan Sabariah Mohd Nasir dan Encik Idris Muadzin serta Cik Nur Azre Abdul Aziz dan Encik Mohd Loqman Bin Mohd Noor Firdauz Wong daripada TikTok Malaysia.

Turut hadir adalah Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Encik Nasry bin Kassim dan Penolong Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Encik Muhammad Jabrul Akmal bin Mat Yahya

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.