Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


'PRIVATE VIEWING' TENUN PAHANG DIRAJA DI AC HOTEL BY MARRIOTT
19/12/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 16 Disember - Realistic Attraction Sdn Bhd (RASB) anak syarikat milik penuh PKNP buat julung kalinya mengadakan satu ‘private viewing’ bagi mempamerkan rekaan dan ragam hias terkini Tenun Pahang Diraja keluaran RASB di AC Hotel by Marriott, Kuantan baru - baru ini.

Sesi ‘private viewing’ ini diadakan khas bagi  memperkenalkan dan mempromosikan hampir 40 helai kain tenun Pahang yang merupakan koleksi - koleksi eksklusif yang menekankan kepada penggunaan teknik dan penampilan rekacorak menarik dan estetik mengikut trend fesyen terkini.

Fabrik tenunan ini dihasilkan oleh penenun - penenun dari RASB yang telah menceburi bidang tenunan lebih dari 25 tahun.

Tema yang diketengahkan kali ini adalah berkonsepkan tropikal yang menggunakan warna - warna asas hijau, coklat, merah, kuning, hitam dan kelabu. Malah, pelbagai teknik tenunan digunakan seperti teknik ikat pakan, sapuan benang loseng, teknik jalin, motif colek emas, Teknik gigi belalang, penggunaan benang ikat dan benang fancy.

Bagi menaikkan lagi nilai estetika kain tenunan, kain - kain dihiasi dengan batu permata Swarosky dari pelbagai warna mengikut kesesuaian warna - warna kain.

Sesi ini turut dihadiri oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains dan Inovasi, Datuk Mohamad Nizar bin Mohamad Najib, Mantan Exco Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Shahaniza Haji Shamsudin, YB. Penasihat Undang - Undang Negeri Pahang, Dato’ Saiful Edris bin Zainuddin, YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri bin Abu Bakar dan tetamu - tetamu kehormat yang lain.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.