Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


TAHNIAH PKNP BERJAYA MENGEKALKAN PENSIJILAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 : 2015
20/12/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan, 20 Disember - Persijilan Semula Audit MS ISO 9001 : 2015 telah berlangsung dengan jayanya baru - baru ini di antara PKNP dengan SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar telah merasmikan Mesyuarat Penutup pada petang 17 Disember melalui sesi pembentangan laporan audit oleh Ketua Juruaudit, Encik Md Jaafar bin Md Jani dan Juruaudit, Puan Hawa binti Ma'arof.

Hasil pembentangan audit, secara keseluruhannya, Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) telah dilaksanakan mengikut keperluan Standard MS ISO 9001 : 2015. Komitmen pengurusan dan dokumentasi SPK juga didapati berada di tahap yang cemerlang.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) YBhg. Datin Hajah Noraskin Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, pengurus-pengurus bahagian/unit dan sekretariat terlibat.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.