Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SAMBUTAN MENGGALAKKAN UNTUK PROGRAM DERMA DARAH & PEMERIKSAAN KESIHATAN
29/12/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan, 28 Disember - 3 beg darah mampu selamatkan satu nyawa - Program Derma Darah dan pemeriksaan kesihatan anjuran Puspanita PKNP dan Kelab Keluarga Kumpulan PKNP telah diadakan pada 28 Disember 2022 di Tingkat 1, Berjaya Megamall, Kuantan bermula jam 10.00 pagi hingga 3.30 petang.

Program dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Kuantan Medical Centre ini adalah sebagai salah satu tanggungjawab sosial PKNP untuk membantu Unit Tabung Darah HTAA dan menyediakan platform untuk orang ramai melakukan pemeriksaan asas kesihatan.

Menurut Presiden Kelab Keluarga Kumpulan PKNP, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman, program ini yang akan dijadikan acara tahunan Kelab Keluarga Kumpulan PKNP dan Puspanita PKNP. Di samping itu, terdapat beberapa agensi yang berminat untuk turut berkolaborasi bagi program ini di tahun hadapan.

Manakala Pengerusi Puspanita PKNP, Datin Zuhaira binti Zainordin berkata penganjuran program ini adalah bertepatan dengan waktunya dan ianya terbukti dengan sambutan hebat yang diterima.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan hampir 100 orang telah menderma darah dan dihadiri kira - kira 150 orang.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.