Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP RANGKUL EMAS ANUGERAH PENTADBIRAN CEMERLANG SEKTOR PERKHIDMATAN
01/01/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan, 29 Disember - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) berjaya merangkul emas bagi Anugerah Pentadbiran Cemerlang Sektor Perkhidmatan pada Majlis Penyampaian Anugerah Pahang 1st 2022 yang diadakan di Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya Kuantan malam tadi.

Malah, PKNP juga berjaya mendapat tempat kedua bagi Anugerah Digital dan turut membawa pulang hadiah saguhati bagi kategori Portal Terbaik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar, anugerah yang diterima merupakan satu penghargaan daripada kerajaan Negeri Pahang kepada seluruh Warga Kerja PKNP.

Malah, pengiktirafan ini akan menjadi pembakar semangat kepada kami untuk terus memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat.

Anugerah Pahang 1st 2022 diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan insentif kepada Jabatan Negeri, Agensi dan Badan Berkanun di Negeri Pahang bagi prestasi tadbir urus yang cemerlang serta secara tidak langsung sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam.

Hadir bersama adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) merangkap Ketua Pegawai Digital PKNP, YBhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman, Pengurus ICT, Puan Nor Azilah binti Aziz, Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia, Puan Nooremi binti Musa, Pengurus Unit Pengurusan Kualiti, Risiko dan Integriti, Puan Marlia binti Osman.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.