Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PROGRAM NAZIRAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG KE PKNP
01/01/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan, 30 Disember - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) telah menerima lawatan Pasukan Naziran dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang pada 30 Disember 2022.

Mesyuarat pembukaan telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia, Puan Nooremi binti Musa dan Anggota Pekerja Unit Sumber Manusia bersama-sama Pasukan Naziran SUK yang diketuai oleh Puan Husnalrita binti Yussof (Ketua Penolong Setiausaha), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK Pahang yang diadakan di Bilik Lembaga, Tingkat 16, Kompleks Teruntum, Kuantan.

Program Naziran Pejabat Setiausaha Sumber Manusia Bil.6 tahun 2022 ini bertujuan untuk memastikan jentera pentadbiran di semua agensi kerajaan berjalan dengan cekap dan mengikut peraturan.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.