Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


WARGA KERJA PKNP DISERU UNTUK BEREKSPLORASI CARA KERJA SECARA KREATIF DAN INOVATIF UNTUK TAHUN 2023
04/01/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 4 Januari - Ketua Pegawai Eksekutif, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar menyeru seluruh warga kerja PKNP untuk melipatgandakan usaha dan mengeksplorasi cara kerja secara kreatif, inovatif serta praktikal dalam mencapai sasaran kerja tahun 2023.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama dalam Majlis Perhimpunan Awal Tahun 2023 di Dewan Utama EDC, Kompleks Teruntum pagi ini.

Menurut beliau lagi, fokus PKNP pada tahun 2023 adalah penyelesaian hutang dan penambahbaikan sumber pendapatan yang sedia ada.

Beliau juga memaklumkan bahawa PKNP telah memenangi Anugerah Kategori Gangsa bagi Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah 2022 peringkat kebangsaan.

Pada majlis ini juga, sesi bacaan Ikrar Integriti oleh anggota pekerja PKNP telah diadakan dan diketuai oleh YH. Dato' Ketua Pegawai Eksekutif sendiri.

Secara tuntasnya, semoga warga kerja PKNP terus mengembleng usaha dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan PKNP terus tersohor sebagai salah satu Badan Berkanun yang terbaik di Negeri Pahang.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.