Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PROGRAM ZIARAH KASIH PKNP SANTUNI PENDUDUK KAMPUNG NENASI
06/01/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Pekan, 6 Januari - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) menyertai Program Ziarah Kasih yang bertempat di Kampung Nenasi, Pekan, Pahang pada hari ini.

Program ini dihadiri oleh YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff selaku Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang serta Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bebar.

Program ini bertujuan menyantuni warga emas dan pesakit yang terlantar di kampung tersebut. Bagi mengurangkan beban, PKNP telah menyumbangkan hamper berupa barangan keperluan harian.

Di samping itu, PKNP turut menyumbang hamper untuk Program Bakti Siswa UIAM yang akan berlangsung pada 6 hingga 8 Januari 2023.

Pelbagai aktiviti menarik telah direncanakan seperti saringan kesihatan percuma, sukaneka, gotong - royong di kawasan Klinik Kesihatan Nenasi dan jamuan rakyat yang akan dilaksana pada hari penutup program tersebut.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.