Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KUNJUNGAN HORMAT PKNP KE ATAS KETUA SETIAUSAHA MOSTI
06/01/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Putrajaya, 6 Januari - Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), YH. Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) YB. Datuk Dr. Aminuddin Hassim di Putrajaya pada hari ini.

Antara objektif kunjungan hormat ini adalah bagi membincangkan bentuk usahasama dan sokongan yang boleh diberikan oleh MOSTI kepada PKNP ke arah memperkukuhkan komoditi kelulut di Malaysia.

Terdahulu, PKNP melalui kerjasama pihak UTM dan anak syarikat milik penuh PKNP, Rumpun Timur Sdn Bhd sedang membangunkan projek pembangunan madu kelulut moden di Paya Bungor, Kuantan yang mana pada ketika ini projek sedang dalam pembinaan struktur rumah pelindung hujan.

Hadir bersama adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek dan Puan Dhaleazafarina Md Zabani, Penolong Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.