Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP ATUR LAWATAN EXCO PELABURAN, PERINDUSTRIAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI NEGERI PAHANG KE MCKIP, GEBENG DAN PELABUHAN KUANTAN
31/01/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 30 Januari - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) bersama - sama Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) telah mengatur lawatan Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Yang Berhormat, Dato' Mohamad Nizar bin Dato' Sri Mohamad Najib ke MCKIP, Kawasan Perindustrian Gebeng dan Pelabuhan Kuantan pada pagi ini.

Sesi lawatan ini juga turut melibatkan sesi pembentangan sektor perindustrian di Negeri Pahang oleh PKNP dan LPKtn yang mana pembentangan dipihak PKNP telah disampaikan oleh YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar manakala pembentangan oleh LPKtn telah disampaikan oleh Pengurus Besar LPKtn, YH. Dato' Khairul Anuar bin Abdul Rahman.

Seterusnya bagi mengakhiri sesi pembentangan, YB. Dato' Muhamad Nizar memaklumkan akan mengambil berat isu- isu yang dibangkitkan oleh PKNP serta berharap agar PKNP sentiasa berhubung dengan pejabat beliau untuk memaklumkan maklumat - maklumat terkini berhubung dengan sektor perindustrian di negeri Pahang ke arah meningkatkan kemasukan projek-projek pelaburan baharu ke negeri ini.

Hadir sama adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Yang Berbahagia Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Pengurus Perindustrian, Tn Haji Md Daud bin Abdul Rahman, Pengurus Hal Ehwal Korporat, Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim serta pegawai - pegawai PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.