Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNP KE ATAS YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH JERANTUT & LAWATAN TAPAK KE PROJEK PEMBANGUNAN BERCAMPUR TAMAN SAUJANA UTAMA, JERANTUT
08/02/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar pada 7 Februari 2023 telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Majlis Daerah Jerantut, YH. Dato' Khairun Nissa binti Aris di pejabat beliau di Majlis Daerah Jerantut. Kunjungan hormat ini antaranya adalah bagi membincangkan permohonan Kebenaran Merancang bagi Cadangan Penstrukturan Semula Pembangunan Sedia Ada(Perumahan) kepada Perniagaan bagi Projek Pembangunan Bercampur Taman Saujana Utama, Jerantut. Seterusnya,Ketua Pegawai Eksekutif PKNP juga telah mengadakan lawatan ke projek Taman Saujana Utama bagi meninjau kemajuan semasa projek ini. Sebelum pulang, Ketua Pegawai Eksekutif sempat meluangkan masa menghadiri majlis doa selamat bagi projek Taman Saujana Utama yang turut dihadiri oleh wakil - wakil pejabat kerajaan di Daerah Jerantut. Turut hadir di pihak PKNP adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus Teknik, Tuan Haji Mohamad Hasrizal bin Hasim, Pengurus Pembangunan Hartanah, Kapten Azis bin Muhamad serta pegawai-pegawai PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.