Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


TAHNIAH PKNP BERJAYA MENDAPAT PENSIJILAN SISTEM PENGURUSAN ANTI - BRIBERY (ABMS) MS ISO 37001 : 2016
14/02/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 13 Februari - Pengauditan bagi mendapatkan Persijilan Sistem Pengurusan Anti-Bribery (ABMS) MS ISO 37001 : 2016 telah berlangsung dengan jayanya pada 2 hingga 3 Februari 2023 di antara PKNP dengan SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar telah merasmikan Mesyuarat Penutup melalui sesi pembentangan laporan audit oleh Ketua Juruaudit, Puan Asiyah binti Haron, bersama-sama juruaudit SIRIM iaitu Encik Md Jaafar bin Md Jani dan Encik Sethuraman a/l Ramasamy, serta technical expert, Encik Rosnan bin Mohd Ali.

Hasil pembentangan audit, secara keseluruhannya, Persijilan Peringkat Kedua (Stage 2) Anti-Bribery Management Systems (ABMS) MS ISO 37001 : 2016 telah dilaksanakan mengikut keperluan Standard MS ISO 37001 : 2016.

Tindakan penambahbaikan masih diperlukan untuk memastikan ABMS dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Komitmen daripada pengurusan dan seluruh warga kerja yang baik telah memastikan sistem ini dilaksanakan dengan berkesan. Pengauditan pada kali ini tertumpu kepada sistem pengurusan anti-rasuah bagi sektor-sektor utama PKNP seperti pembangunan industri, hartanah, keusahawan, kutipan penswastaan dan usahasama serta perkhidmatan korporat.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) YBhg. Datin Hajah Noraskin Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, pengurus-pengurus bahagian/unit dan sekretariat terlibat.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.