Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SESI PERKENALAN BERSAMA PELABUR INDONESIA SERTA PERBINCANGAN BAGI CADANGAN PROJEK DI KAWASAN PERINDUSTRIAN TANJUNG AGAS, PEKAN, PAHANG
17/02/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Kuantan, 16 Februari - Pihak PKNP telah menerima sesi perkenalan bersama pelabur daripada PT. Usman Karaeng Sila Investasi, Indonesia (PT. UKSI) bagi membincangkan potensi - potensi serta kerjasama yang dapat dilaksanakan oleh pihak PKNP dan PT. UKSI.

Turut terlibat bersama perbincangan ini adalah wakil - wakil daripada TGA Solution Sdn. Bhd. (TGAS) selaku pemaju di Kawasan Perindustrian Tanjung Agas, Pekan, Pahang.

Sesi ini diketuai oleh Dato' Mohd Faizal bin Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, diikuti oleh Tuan Hj Md Daud bin Abdul Rahman, Pengurus Perindustrian PKNP, Tuan Hj Mohamad Hasrizal bin Hasim, Pengurus Teknik PKNP, wakil - wakil daripada TGAS, serta wakil - wakil daripada PT. UKSI melalui aplikasi dalam talian Zoom.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.