Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNP KE ATAS YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH LIPIS
17/02/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Lipis, 17 Februari - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis, YH. Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim di pejabat beliau di Majlis Daerah Lipis. Kunjungan hormat ini antaranya adalah bagi membincangkan ulasan-ulasan oleh pihak One Stop Centre (OSC) Majlis Daerah Lipis terhadap permohonan Kebenaran Merancang baharu yang dikemukakan oleh pihak perunding/pemaju bagi Cadangan Projek Pembangunan Bercampur di Kg. Berchang, Lipis. Seterusnya, Ketua Pegawai Eksekutif PKNP bersama - sama dengan YDP Majlis Daerah Lipis juga telah mengadakan lawatan ke Rumah Rehat Bukit Residen Kuala Lipis serta turut meninjau progres kemajuan Pusat Perniagaan Barry berhampiran pusat bandar Lipis. Turut hadir di pihak PKNP adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus Teknik, Tuan Haji Mohamad Hasrizal bin Hasim, Pengurus Pembangunan Hartanah, Capt Azis bin Muhamad serta Pegawai Perhubungan Korporat PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.