Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SELAMAT MEMPERINGATI PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ
20/02/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Menurut kalendar Islam, umat Islam akan memperingati peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 haribulan Rejab setiap tahun.

Israk bermaksud perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dibawa dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin manakala Mikraj ditafsirkan sebagai perjalanan Nabi Muhammad dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh.

Melalui peristiwa ini juga baginda menerima perintah solat 5 waktu sehari. Sebagai umat islam, peristiwa ini membuktikan kekuasaan Allah s.w.t dalam mengatur perjalanan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dari langit dunia lalu merentasi 7 langit dan pulang kembali ke langit dunia dalam satu malam sahaja.

Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan ujian dan mukjizat yang menbuktikan kudrat dan kebesaran Allah s.w.t . Malah, peristiwa ini juga menguatkan keimanan umat islam terhadap aturan Allah s.w.t yang di luar dari logik akal manusia.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.