Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNP KE ATAS PENGARAH TANAH DAN GALIAN (PTG) PAHANG
24/02/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan, 23 Februari - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar pada hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang , YH. Dato' Haji Fadzilla bin Haji Salleh di pejabat beliau di Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Objektif utama kunjungan hormat ini adalah bagi membincangkan isu - isu berkaitan permohonan - permohonan tanah PKNP yang masih dalam tindakan Pihak Berkuasa Negeri.

Susulan sesi kunjungan hormat tersebut, banyak isu berkaitan tanah PKNP telah diperjelaskan dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak PTG agar dapat diselesaikan segera.

Turut hadir dipihak PKNP adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus Perindustrian PKNP, Tuan Haji Md.Daud bin Abdul Rahman, Pengurus Unit Pemantauan Perniagaan PKNP, Encik Rahmat bin Hussin, Pengurus Pembangunan Hartanah, Kapten Azis bin Muhamad serta pegawai- pegawai yang terlibat.

Sesi kunjungan hormat diakhiri dengan jamuan makan tengahari di antara pihak PKNP dan PTG ke arah meningkatkan lagi jalinan korporat antara kedua - dua jabatan.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.