Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PROGRAM UNITEN ENTREPRENEURSHIP DAY (E-DAY)
02/03/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Muadzam Shah, 28 Februari - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) telah dijemput oleh pihak UNITEN untuk membuka Booth Pameran Agensi kepada para pelajar dan juga penduduk sekitar Bandar Muadzam Shah dan Keratong bersempena Program UNITEN Entrepreneurship Day (E-Day) 2023. Seramai 400 peserta yang mana dari kalangan usahawan, pelajar, pensyarah dan komuniti setempat telah menghadiri program ini dan turut disempurnakan dan dirasmikan oleh En Muhammad Afiq 'Aizuddin bin Md Din, Penolong Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri yang mewakili Yang Berhormat Tuan IR Razali bin Kassim, Exco FELDA, Koperasi Dan Usahawan Negeri Pahang. Dengan pembukaan Booth Pameran ini, usahawan, pelajar, pensyarah dan komuniti setempat dapat mengenali fungsi dan peranan PKNP dengan lebih mendalam. Pembukaan Booth Pameran dijalankan oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan PKNP Encik Nasry bin Kassim serta Penolong Pegawai Tadbir, Encik Muhammad Akmal Solehin bin Abdul Rahim.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.