Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


HARI KELUARGA PKNP 2023 DISAMBUT MERIAH
06/03/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Rompin, 6 Mac - Hari Keluarga PKNP 2023 telah diadakan dengan jayanya pada 3 Mac - 5 Mac 2023 di Villea Rompin Resort dan Golf, Rompin, Pahang Darul Makmur dan dihadiri oleh 380 ahli keluarga anggota pekerja PKNP.

Hari Keluarga PKNP ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar. Bertemakan Hikayat 1001 malam, Bahagian Teknik bersama Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan meraih persembahan terbaik melalui persembahan yang berkonsepkan ketuhanan. Tempat kedua pula dimenangi oleh Bahagian Hal Ehwal Korporat bersama Unit Pemantauan Perniagaan. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Bahagian Perindustrian, Bahagian ICT, Pembangunan Hartanah dan Audit Dalam.

Pada edisi kali ini, juara sulung PKNP Idol 2023 telah diumumkan pada Majlis Makan Malam dan BBQ PKNP. Encik Nik Mohd Khasyimi bin Nik Kamarulzaman muncul juara manakala naib johan PKNP Idol dimenangi oleh Puan Faridah binti Mohamed Sidek. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Encik Muhammad Faiz bin Ab Aziz.

Kemuncak acara adalah pengumuman rumah sukan terbaik untuk edisi Hari Keluarga PKNP 2023. Rumah Merah melakar kejutan apabila diumumkan Rumah Sukan Terbaik diikuti Rumah Biru dengan motonya tenang - tenang tetap menang. Tempat ketiga dibawa pulang oleh Rumah Hijau dan tempat keempat dimenangi oleh Rumah Kuning. Tahniah kepada semua pemenang untuk acara - acara sukan yang dipertandingkan.

Semoga edisi Hari Keluarga PKNP 2023 ini merapatkan lagi ukhwah dan silaturahim yang terbina utuh antara semua anggota pekerja PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.