Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


REALISTIC ATTRACTION SDN. BHD. DIBERI PENGIKTIRAFAN SIJIL STANDARD PENGELASAN INDUSTRI KRAF TANGAN MALAYSIA KATEGORI 5 BINTANG
06/03/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuala Lumpur, 6 Mac - Realistic Attraction Sdn. Bhd. (RASB) syarikat pengeluar kraf tekstil Tenun Pahang Diraja yang merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang telah diberi pengiktirafan menerima Sijil Standard Kraftangan Malaysia kerana memenuhi kriteria Pengelasan Industri Kraf Tangan Malaysia bagi kategori 5 Bintang.

Satu-satunya syarikat kraf dari Pahang yang mendapat pengiktirafan Sijil 5 bintang. Sijil ini telah disampaikan oleh YB. Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sempena Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2023.

Majlis ini turut dihadiri oleh YABhg. Dato' Seri Dr. Wan Azizan Dr. Wan Ismail, isteri Perdana Menteri Malaysia. Kraftangan Malaysia menganjurkan program Hari Kraf Kebangsaan 2023 yang berlangsung pada 1hb hingga 13hb Mac 2023, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam bertempat di Kompleks Kraf, Jalan Conlay Kuala Lumpur.

Program ini telah disertai lebih 380 usahawan kraf yang terdiri dari kraf tekstil, kraf hasil rimba, hasil logam, hasil tanah dan pelbagai kraf bagi aktiviti pameran dan jualan. RASB turut menyertai aktiviti jualan kraf tekstil Tenun Pahang Diraja sepanjang program ini berlangsung.

Marilah sama-sama kita menyokong industri kraftangan Malaysia dan ramai-ramai berkunjung ke Hari Kraf Kebangsaan 2023 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.