Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


BAZAR KARAT KOMPLEKS TERUNTUM
10/03/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Kuantan, 10 Mac - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan Badan Pengurusan Bersama Kompleks Teruntum (BPKT) akan mengadakan pembukaan Bazar Karat di kaki lima Kompleks Teruntum. Bazar karat yang akan beroperasi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad ini akan bermula pada 10 Mac 2023 (Jumaat) waktu operasi dari jam 6.00 petang sehingga 12.00 tengah malam. Seramai lebih kurang 30 orang penyertaan dalam kalangan usahawan Kuantan telah berdaftar untuk menjadi perintis bagi pembukaan bazar ini. Pihak PKNP dan BPKT komited dan menyokong penuh usaha pembangunan Bazar Karat ini serta merancang bagi meluaskan lagi aktiviti ini untuk memberi lebih banyak peluang dan ruang kepada usahawan yang berminat untuk berniaga. Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan PKNP telah dilantik bagi menyelia tapak niaga serta pendaftaran peserta Bazar Karat ini. Semoga pembukaan Bazar Karat ini mendapat sokongan dan sambutan yang memberangsangkan terutama dari kalangan warga Kuantan khususnya dan akan menjadi destinasi tarikan pelancong satu masa nanti.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.