Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


WARGA KERJA PKNP HARGAI SUMBANGAN JUADAH MAKMUR KERAJAAN NEGERI PAHANG
21/03/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 20 Mac - Kerajaan Negeri Pahang baru - baru ini mengagihkan 150 pek juadah makanan bersempena Program Juadah Makmur kepada warga kerga kerja PKNP di Dewan Utama EDC, Tingkat 3, Kompleks Teruntum.

Sumbangan diserahkan oleh Pegawai Pelaburan Negeri Pahang, YH. Dato’ Kamarul’ Ariffin bin Ahmad mewakili YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Razif bin Abdul Malek.

Program Juadah Makmur adalah satu pendekatan baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri hasil daripada inisiatif YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail untuk bersama-sama berkongsi rezeki dengan rakyat di negeri ini.

Program Agihan Juadah Makmur Edisi Khas pagi ini adalah di bawah kendalian Pejabat Menteri Besar sendiri, khas buat agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan serta anak-anak syarikat negeri.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.