Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SUMBANGAN RAMADAN 1444H KELAB KELUARGA KUMPULAN PKNP
30/03/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan, 29 Mac - Presiden Kelab Keluarga Kumpulan PKNP, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman telah menyerahkan sumbangan ramadan kepada Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato' Mohd Faizal bin Jaafar baru - baru ini di Tingkat 16, Kompleks Teruntum. Serahan sumbangan ini adalah satu simbolik pemberian sumbangan dari Kelab Keluarga Kumpulan PKNP kepada anggota pekerja PKNP. Sementara itu, seramai 220 ahli Kelab Keluarga Kumpulan PKNP menerima sumbangan berupa barangan dapur. Antara barangannya adalah beras, minyak masak, gula, milo, garam, mihun dan sardin. Program yang diadakan saban tahun ini diteruskan lagi dengan matlamat berkongsi rezeki dan membantu ahli - ahli dalam menjalani bulan Ramadan. Malah, program ini menandakan keprihatinan kepimpinan Kelab Keluarga Kumpulan PKNP dalam menjaga kebajikan ahli - ahli kelab.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.