Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SOLAT HAJAT PKNP 2023
31/03/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 31 Mac 2023 - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) telah mengadakan program Solat Hajat PKNP 2023 pada 30 Mac 2023 di Tingkat 14, Kompleks Teruntum yang diketuai oleh Bilal Masjid Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan, Ustaz Hayatul Faiz bin Abdul Latif.

Program solat hajat ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus Bahagian dan Unit serta hampir 70 orang warga kerja PKNP.

Solat Hajat ini diadakan untuk memohon kelancaran dalam urusan dan perancangan strategik PKNP, dilipatgandakan sumber pendapatan PKNP dan semoga PKNP terus berjaya sebagai sebuah anak syarikat kerajaan Negeri Pahang.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.