Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


YAB. MENTERI BESAR PAHANG MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT AHLI PERBADANAN PKNP DAN BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA KERJA KUMPULAN PKNP
12/04/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani





Kuantan, 12 April - YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail mempengerusikan Mesyuarat Ahli Perbadanan PKNP Bil.1 /2023 di BCIC Lodge, Bandar Indera Mahkota, Kuantan pada 11 April 2023.

Mesyuarat antara lainnya membincangkan tentang laporan prestasi kewangan PKNP untuk suku pertama tahun 2023, juga cadangan penyerahan satu unit hartanah PKNP (Villa 10) kepada Wakaf Pahang. YAB. Dato’ Sri Wan Rosdy yang juga merangkap sebagai Pengerusi PKNP kemudiannya meluangkan masa berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib bersama hampir 260 orang Warga Kerja Kumpulan PKNP.

Beliau turut memberikan sumbangan kepada 18 orang anak - anak yatim dari Pusat Rumah Anak Yatim Permata Al - Insyirah. Turut hadir pada majlis ini adalah Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Ahli - Ahli Perbadanan PKNP, Pengurusan PKNP, Pegawai Kanan Anak Syarikat dan Warga Kerja Kumpulan PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.