Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP SERAH SUMBANGAN KEPADA MAAHAD TAHFIZ AR RUSHD, SUNGAI KOYAN, LIPIS, PAHANG
17/04/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Lipis, 17 April - PKNP telah turut serta dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Khas Aidilfitri 2023 yang disampaikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail baru - baru ini.

Dalam majlis tersebut, PKNP yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek telah menyampaikan cek sumbangan bernilai RM 20,000.00 kepada Maahad Tahfiz Ar Rushd, Sg. Koyan, Lipis.

Sumbangan yang telah disampaikan kepada Pengerusi Maahad Tahfiz Ar Rushd, Ustaz Abu Bakar bin Ismail sambil disaksikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang ini adalah bagi membantu pengurusan maahad tahfiz tersebut serta melancarkan urusan pendidikan anak - anak tahfiz seramai 31 orang di institusi tersebut.

Turut hadir adalah Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat PKNP, Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim serta pegawai yang terlibat.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.