Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP AGIH GULAI KAWAH SEMPENA IHYA RAMADAN 2023 BERSAMAAN 1444H
18/04/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani





Kuantan, 17 April - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) telah mengadakan Program Memasak Gulai Kawah pada hari Sabtu, 15 April 2023 di perkarangan Kompleks Teruntum, Kuantan.

Program ini adalah salah satu program pembudayaan korporat tahunan PKNP. Seramai 86 anggota pekerja PKNP telah terlibat dalam program ini dan dianggarkan 400 bekas gulai kawah telah diagihkan kepada anggota pekerja, penyewa - penyewa, pelanggan - pelanggan PKNP serta orang awam.

Pengagihan gulai kawah ini turut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH.Dato' Mohd Faizal bin Jaafar dan turut hadir sama adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Yang Berbahagia Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin serta pengurus- pengurus bahagian dan unit di PKNP.

Semoga program ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah di kalangan anggota pekerja PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.