Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PERJUMPAAN PERDANA MENTERI MALAYSIA BERSAMA - SAMA PENJAWAT AWAM NEGERI PAHANG
19/04/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 19 April - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar hadir bersempena Majlis Amanat YAB. Perdana Menteri Malaysia bersama - sama Penjawat Awam Negeri Pahang pada 19 April 2023 di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Yang Berbahagia Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus - Pengurus Bahagian dan Unit serta beberapa anggota pekerja PKNP.

Dalam ucapan beliau, sebahagian peruntukan sebanyak RM 1 bilion dikhususkan kepada Negeri Pahang berbanding RM 750 juta sebelum ini yang melibatkan peruntukan keseluruhan penyelenggaraan berkala turapan jalan Persekutuan.

Malah, lebih RM 400 juta dari RM 5 bilion merupakan peruntukan tahunan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) kepada Negeri Pahang bagi memastikan jalan negeri berada dalam keadaan baik.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.