Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP SERAH SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN ASNAF DI JPKK KG NENASI, DUN BEBAR, PEKAN, PAHANG
02/05/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Pekan, 1 Mei - PKNP baru - baru ini telah turut serta dalam Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2023 anjuran JPKK Kg Nenasi, Pekan bagi menyerahkan sumbangan kepada golongan asnaf di kampung tersebut yang meliputi kawasan pantai dan darat.

PKNP yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PKNP telah menyampaikan sumbangan kepada 60 orang penerima yang terdiri daripada golongan miskin, pesakit kronik dan ibu tunggal.

JPKK Kg Nenasi merupakan salah satu kampung yang menerima sumbangan daripada PKNP mengambilkira kampung ini adalah kampung angkat PKNP dibawah Program Transformasi Desa (TERAS) GLC dibawah Kerajaan Pahang.

Program penyerahan sumbangan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa oleh PKNP bagi membantu golongan asnaf yang memerlukan demi meringankan beban yang ditanggung.


kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.