Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PKNP 2022 BERSEMPENA HARI PEKERJA 2023
09/05/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 8 April - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar menyampaikan anugerah di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PKNP 2022 pada petang semalam di Dewan Utama EDC, Tingkat 3, Kompleks Teruntum, Kuantan.

Dalam ucaptamanya, beliau mengingatkan bahawa semua anggota pekerja PKNP supaya mengekalkan disiplin diri dan terus berintegriti dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.

Malah, beliau juga mengingatkan anggota pekerja supaya bekerja dengan ikhlas.

Majlis ini turut melibatkan pemberian Insentif Perkhidmatan 25 Tahun kepada Pengurus Khidmat Perundangan, Puan Salwa binti Mohd Kasim.

Kemuncak majlis adalah penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 11 orang anggota pekerja PKNP yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang tahun 2022.

Seramai hampir 140 orang anggota pekerja PKNP hadir pada majlis ini.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.