Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PROGRAM CSR PKNP BANTU KURANGKAN BEBANAN RUMAH ANAK YATIM
11/05/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan, 11 Mei - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) hari ini turun padang bagi menyalurkan sumbangan zakat kepada 6 buah rumah anak yatim dan pusat jagaan di sekitar daerah Kuantan. Ketua Pegawai Eksekutif, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Yang Berbahagia Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin turun padang melawat dan sekaligus menyalurkan sumbangan kepada rumah anak yatim dan pusat jagaan ini. Sebagai sebuah agensi yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi di Negeri Pahang, PKNP juga tidak lupa akan tanggungjawab sosial kepada masyarakat di sekitarnya. Semoga lawatan dan sumbangan yang disalurkan pada hari ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan kos harian, melancarkan pengurusan serta pentadbiran rumah - rumah- rumah anak yatim ini.

Hadir bersama adalah Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat, Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim dan Pegawai Perhubungan Awam, Puan Dhaleazafarina Md Zabani.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.