Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP LAKSANA PROGRAM TERAS DI KAMPUNG DAMAK, JERANTUT
15/05/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Jerantut, 17 Mei - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) turun padang ke Kampung Damak, Jerantut bagi melaksanakan Program Transformasi Desa Pahang (TERAS) bersempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Masjid Kampung Damak, Jerantut. Melalui program ini, beberapa sumbangan telah disalurkan antaranya kepada Masjid Kampung Damak, Madrasah Tahfiz Darul Izzah, golongan asnaf dan miskin di sekitar kawasan ini. Malah, kanak - kanak turut diraikan dengan pemberian duit raya dari PKNP. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Damak dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Turut hadir Pegawai Penyelaras Dewan Negeri Kawasan Damak, Encik Haris Salleh bin Hj Hamzah.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.