Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM 'DAH KUGHUIH BELOM WEH!! SIRI 2
24/05/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani








Ketua Pegawai Eksekutif, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar petang tadi menyampaikan hadiah kepada para pemenang Program - Dah Kughuih Belom Weh - Siri 2 di Dewan Utama EDC, Kompleks Teruntum.

Menurut YH. Dato' Mohd Faizal, program ini telah menyediakan platform yang baik kepada para peserta untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat serta menjaga pemakanan. Program ini terbukti memberikan impak yang positif kepada yang terlibat.

Seramai 139 orang peserta yang terdiri daripada anggota pekerja PKNP, anak syarikat PKNP dan isteri - isteri pekerja yang merupakan ahli PUSPANITA PKNP menyertai program yang bermula pada 16 Mac sehingga 18 Mei 2023.

Melalui program ini, seramai 59 orang peserta telah berjaya mencapai berat badan yang ideal. Dari jumlah itu, 19 orang peserta berjaya keluar dari kategori berat badan berlebihan dan mencapai berat badan yang ideal.

Pemenang bagi kategori berat badan berlebihan dimenangi oleh Puan Rohazida binti Harun yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14.4kg. Tempat kedua dimenangi oleh Puan Hasnah binti Hamid dan tempat ketiga dimenangi oleh Encik Ahmad Nur Azrul bin Che Razali.

Manakala pemenang bagi kategori unggul dimenangi oleh Puan Hafifazlin binti Mohd Kenali yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8.1kg. Tempat kedua dimenangi oleh Puan Shajatul Saira Aina binti Mohammed Samsudin dan tempat ketiga dimenangi oleh Puan Syafiqah binti Abdul Razak.

Hadir bersama di majlis ini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengerusi PUSPANITA PKNP, Datin Zuhaira Zainordin dan Pengerusi Kelab Keluarga Kumpulan PKNP, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.