Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SESI MENANDATANGANI BORANG WAKAF VILLA 10 KEPADA PEJABAT WAKAF PAHANG
06/06/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani

Kuantan, 2 Jun - Satu sesi menandatangani borang wakaf dan lafaz akad bagi penyerahan 1 unit hartanah PKNP, Villa 10 di antara Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan Pejabat Wakaf Pahang telah berlangsung pada 2 Jun 2023 di Bilik Lembaga, Kompleks Teruntum, Kuantan.

PKNP telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar manakala Pejabat Wakaf Pahang diwakili oleh Ustaz Mohd Farid bin Mohd Ramly.

Rumah berkembar 2 setengah tingkat di Bukit Pelindung ini telah dipersetujui untuk diwakafkan kepada Pejabat Wakaf Pahang dalam mesyuarat Ahli Perbadanan PKNP Bil.1/2023 yang dipengerusikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Hadir bersama dalam majlis ringkas ini adalah pegawai dari Pejabat Wakaf Pahang, Encik Farhan Mirdza bin Abd Rani dari Pejabat Wakaf Pahang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), YBhg Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus - Pengurus Bahagian dan Unit PKNP serta pegawai yang terlibat.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.