Kuantan, 7 Jun - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor Cawangan Negeri Pahang, Encik Shaiful Bakhtiar Haji Ibrahim. Hadir bersama adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek dan beberapa pegawai dari Pusat Khidmat Kontraktor Cawangan Negeri Pahang. |