Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MALAYSIA - JAPAN ECONOMIC ASSOCIATION (MAJECA) KALI KE - 46
09/06/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Kuala Lumpur, 8 Jun - Malaysia - Japan Economic Association (MAJECA) merupakan persatuan yang menghubungkan dua (2) negara iaitu Malaysia dan Jepun dimana fokus utamanya adalah mewujudkan hubungan ekonomi yang dinamik bersama. Keahlian PKNP di dalam persatuan ini telah memberi pelbagai input dalam mewujudkan jalinan diantara pelabur-pelabur berpotensi untuk dibawa masuk ke Negeri Pahang. Jumlah keahlian di dalam persatuan ini adalah sebanyak 62 entiti perniagaan yang meliputi penglibatan pihak kerajaan dan juga swasta. Majoriti keahlian adalah dari sektor Pembuatan (7.3%), Hartanah (6.4%), Teknologi (5.5%), dan Perundingan (5.5%). Mesyuarat Agung Tahunan yang ke - 46 ini telah diadakan di Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur secara fizikal dan juga maya yang dipengerusikan oleh Tan Sri Azman bin Hashim dan wakil PKNP yang hadir adalah Puan Nur Afiqah binti Haballah, penolong pengurus Bahagian Perindustrian PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.