Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


LAWATAN KERJA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNP KE DAERAH BENTONG SERTA KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN BENTONG
09/06/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Bentong, 8 Jun - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke daerah Bentong bagi meninjau kemajuan kerja bagi beberapa projek dibawah seliaan PKNP termasuk Projek Menaiktaraf Insfrastruktur Asas (jalan) di Kawasan Perindustrian Bentong 2B dan Projek Perumahan PKNP Bukit Chemperoh, Janda Baik.

Sementara itu, pada sebelah petang, YH. Dato' Mohd Faizal telah berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, YH. Dato' Rose Shamsul bin Abdul Razak bagi mengucapkan tahniah di atas perlantikan sebagai YDP Majlis Perbandaran Bentong yang baharu berkuatkuasa pada 30 Mei 2023 yang lalu seterusnya membincangkan beberapa isu berkaitan permohonan-permohonan PKNP di sekitar daerah Bentong.

Turut hadir dipihak PKNP adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman, Pengurus Teknik, Tuan Haji Mohamad Hasrizal bin Hasim serta pegawai - pegawai PKNP yang berkaitan.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.