Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP SERAH SUMBANGAN KEPADA PELAJAR SMK TELUK CHEMPEDAK, KUANTAN DAN RUMAH ANAK YATIM PERMATA AL INSYIRAH, SG ISAP, KUANTAN
14/06/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Kuantan, 13 Jun - PKNP hari ini telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada 28 orang pelajar yatim dan miskin di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Chempedak, Kuantan bagi membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung keluarga pelajar yang terlibat serta membantu membeli kelengkapan berkaitan pembelajaran.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Hal Ehwal Korporat PKNP, Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim sambil disaksikan oleh Pengetua Sekolah, Encik Ruslan bin Osman serta Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Awang Mahadi bin Ali.

Seterusnya, sesi penyerahan sumbangan dilanjutkan ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Permata Al Insyirah, Sg Isap, Kuantan bagi membantu pengurusan rumah anak yatim tersebut demi keselesaan urusan harian para pelajar yatim yang menetap di rumah anak yatim tersebut.

Turut hadir di pihak PKNP adalah Pegawai Perhubungan Awam, Puan Dhaleazafarina binti Md. Zabani.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.