Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PROGRAM TIKTOK SHOP JAYA NIAGA DIGITAL WANITA PAHANG ANJURAN PKNP BERSAMA DASAR & PELAN TINDAKAN WANITA PAHANG DENGAN KERJASAMA MALAYSIA DIGITAL ECONOMY CORPORATION (MDEC) SDN BHD
20/06/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Kuantan, 16 Jun - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) bersama Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang dengan usahasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Sdn Bhd telah menganjurkan program TIKTOK Shop Jaya Niaga Digital Wanita Pahang bagi usahawan Negeri Pahang.

Program TIKTOK Shop ini merupakan kerjasama kali kedua diadakan bagi tahun ini dengan pihak MDEC atas permintaan yang tinggi dari usahawan Negeri Pahang.

Pihak PKNP sangat komited untuk terus memberikan sokongan dan membuka peluang luas bagi wanita di Negeri Pahang untuk berdaya maju dan meningkatkan taraf ekonomi mereka melalui keusahawanan digital.

Seramai 110 orang peserta dalam kalangan wanita telah menghadiri program ini yang mana telah dirasmikan oleh Puan Mazlina binti Mohamed@Mohamad Lazim, Wakil Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.

Turut hadir bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Ybhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin merangkap Ketua Kluster Pekerjaan Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang.

Program dimulakan dengan ucapan pengenalan berkenaan MDEC E-COMMERCE INISIATIF oleh Puan Radziah binti Hamid, Pengurus Industry Engagement and Market Development.

Melalui program ini, usahawan diajar dan dibimbing teknik pemasaran yang berkesan dalam mempromosikan produk mereka di Tiktok Shop yang menjadi e-commerce utama di Malaysia.

Antara pengisian program termasuklah Setup TikTok for Business dan Operasi Jualan Live dengan cara dan teknik yang betul bagi mendapat pelangan yang ramai dan meluas.

PKNP mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama MDEC dan TikTok Malaysia yang telah menjayakan program ini melibatkan tenaga pengajar dari TikTok Malaysia iaitu Encik Mohd Loqman bin Mohd Noor Firdaus Wong dan Puan Nurul Azeera binti Azlan Long dan juga Encik Idris Muadzdzin dari MDEC.

Program ini telah diurusetiakan oleh Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan PKNP yang diketuai oleh Pengurus Encik Nasry bin Kassim dan Penolong Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Encik Muhammad Jabrul Akmal bin Mat Yahya.

Atas sambutan yang menggalakkan dan penyertaan yang sangat aktif dari para peserta, PKNP akan meneruskan kolaborasi program - program berkaitan keusahawanan digital bagi memberi manfaat lebih ramai kepada komuniti dan usahawan Negeri Pahang.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.