Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP SANTUNI, SERAH SUMBANGAN KEPADA PUSAT TAHFIZ, GOLONGAN ASNAF DAN ANAK YATIM DI JENGKA DAN DUN PELANGAI
20/06/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani



Jengka, 20 Jun - Delegasi PKNP yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar telah menyantuni anak - anak syurga di Maahad Tahfiz Uloom Al Islamiyah Jengka 11 dan Maahad Tahfiz Al Hakim Jengka 15 dan seterusnya menyampaikan sumbangan berupa cek bagi membantu meringankan kos pengurusan maahad - maahad tahfiz tersebut.

Seterusnya, sementara berada di Jengka, Ketua Pegawai Eksekutif juga berkesempatan meninjau progres pembinaan Masjid Baru Jengka 19 yang diseliakan oleh PKNP yang mana pada ketika ini berada di tahap 70% kemajuan.

Disebelah petang, Ketua Pegawai Eksekutif PKNP mengiringi Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, YB. Dato' Sri Johari Bin Harun bagi menyampaikan sumbangan PKNP kepada seramai 124 orang asnaf dan 123 orang anak yatim di kawasan Dun Pelangai.

Dalam ucapan yang telah disampaikan oleh YB. Dato Sri, beliau merakamkan setinggi - tinggi penghargaan kepada pihak PKNP yang diterajui oleh YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar yang prihatin terhadap masyarakat di Negeri Pahang dan berharap agar usaha murni PKNP ini diteruskan dari semasa ke semasa.

Turut hadir mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif PKNP adalah Pengurus Hal Ehwal Korporat, Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim serta Pegawai Perhubungan Awam, Puan Dhaleazafarina Md. Zabani.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.