Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP CAKNA, PERTIMBANG BANTU SMK NENASI PEKAN
23/06/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 22 Jun - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNP, Encik Mohd Razif bin Abdul Malek sebagai wakil rasmi Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar telah merasmikan Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Nenasi, Pekan kali ke-48 Tahun 2023 pada petang semalam, 22 Jun 2023.

Dalam ucapan perasmian yang telah disampaikan, beliau memaklumkan bahawa kawasan JPKK Nenasi bukanlah asing bagi PKNP yang mana kampung ini merupakan salah sebuah kampung angkat di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat(CSR) PKNP dan setakat ini PKNP telah menjalankan sebanyak tujuh (7) program CSR di kawasan JPKK Nenasi Pantai mahupun Nenasi Darat.

Selain itu juga, beliau turut memaklumkan bahawa usaha - usaha murni PKNP ini akan diteruskan yang mana PKNP akan mempertimbangkan bantuan dari segi sektor pendidikan  yang boleh dimanfaatkan oleh guru- guru dan pelajar- pelajar sekolah di JPKK Nenasi termasuklah SMK Nenasi Pekan ini.

Turut hadir mengiringi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNP adalah Pegawai Perhubungan Awam, Puan Dhaleazafarina binti Md. Zabani.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.