Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


IBU BAPA PRIHATIN TINGKATKAN PRESTASI PEMBELAJARAN ANAK-ANAK
24/06/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Kuantan, 24 Jun - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar pada hari ini telah hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke - 33 Tahun 2023 SK Tanah Putih Baru, Kuantan.

Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh beliau, beliau mengingatkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam meningkat prestasi pembelajaran anak - anak dengan cara memberikan sokongan moral serta ambil tahu perkembangan pembelajaran anak - anak.

Dengan kaedah ini, anak - anak akan meningkatkan usaha untuk memperbaiki mutu pembelajaran dan akan dibantu oleh guru-guru dari semasa ke semasa. Turut berlangsung selepas majlis perasmian adalah sesi penyerahan sumbangan zakat PKNP kepada 116 orang murid yatim di sekolah tersebut.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP diringi Yang Dipertua PIBG SK Tanah Putih Baru, Encik Izzat bin Salleh.

Turut hadir mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif PKNP adalah Pengurus Hal Ehwal Korporat, Tuan Haji Ibrahim bin Hashim serta Pegawai Perhubungan Awam, Puan Dhaleazafarina binti Md. Zabani.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.