Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KARNIVAL HARI USAHAWAN NEGERI PAHANG
26/06/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Karnival Hari Usahawan Negeri Pahang sempena Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan Minggu Usahawan Negara (MUN) telah berlangsung dengan jayanya pada 23 hingga 25 Jun 2023.

Team Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) turut menyertai dalam membuka booth bagi menerangkan peranan dan fungsi bahagian usahawan ini kepada pengunjung yang hadir.

PKNP mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Tuan Ir. Razali bin Kassim, Exco FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang mewakili YAB. Menteri Besar Pahang, YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP, YH. YM Tengku Dato' Nor Asmaliza binti Ku Lah, Setiausaha Bahagian Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) dan Encik Rithaudden bin Makip, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar dan Penyelarasan) SME Corp. Malaysia, dan juga para usahawan yang turut berkunjung ke booth PKNP.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti kuiz keusahawanan, selawat perdana, pertandingan mewarna kanak-kanak, penampilan maskot Didi and Friends, larian dan berbasikal, konsert Gema Rakyat, E-Sports, Zumba, sukan rakyat, pemeriksaan kesihatan serta cabutan bertuah. Hadir sama YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNP, Encik Nasry bin Kassim, Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan serta pegawai yang berkaitan.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.