Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP HADIR MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KORBAN JPKK KG PADANG, JERANTUT
05/07/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani



Jerantut, 2 Julai - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar telah hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Korban anjuran JPKK Kg. Padang, Jerantut.

Dalam majlis tersebut juga, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar telah menyampaikan sumbangan zakat PKNP kepada 21 orang asnaf yang merupakan penduduk di Kampung Padang, Jerantut yang berada dalam kategori miskin, sakit terlantar dan kurang upaya.

Dalam ucapan aluan beliau, YH. Dato' Mohd Faizal memohon agar penduduk - penduduk JPKK Kg. Padang untuk sama - sama mendoakan agar PKNP sentiasa sukses dalam sektor perniagaan yang dijalankan agar dapat terus membuat keuntungan dan seterusnya dapat menyumbang zakat kepada lebih ramai golongan yang memerlukan di masa akan datang.

Turut hadir mengiringi Ketua Pegawai Esekutif PKNP adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNP, Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus Hal Ehwal Korporat, Tuan Haji Ibrahim bin Hashim serta Pegawai Perhubungan Awam, Puan Dhaleazafarina binti Md. Zabani.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.