Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


LAWATAN KERJA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNP KE LADANG SAWIT PKNP HULU TEMBELING, JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR
05/07/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani



Jerantut, 3 Julai - Satu lawatan kerja ke Ladang Kelapa Sawit Hulu Tembeling, Jerantut yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar telah diadakan pada 3 Julai 2023 yang lalu bertujuan melihat kemajuan projek ladang sawit tersebut yang diseliakan oleh anak syarikat milik penuh PKNP, PKNP AgroTech Sdn. Bhd.

Selesai lawatan sekitar ladang sawit yang berkeluasan lebih kurang 10,000 ekar tersebut, delegasi PKNP telah diberikan taklimat oleh Pengurus Kanan Perladangan PKNP AgroTech Sdn. Bhd., Encik Shafee bin Jamaludin serta Pengurus Ladang Hulu Tembeling, Encik Mohd Reduan bin Mat Johari mengenai perancangan semasa dan akan datang bagi memastikan projek ladang sawit ini dapat memberikan pulangan yang tinggi kepada organisasi serta kaedah - kaedah bagi mengawal isu ancaman haiwan liar yang menjadi punca utama kerosakan pokok - pokok sawit yang telah ditanam sebelum ini.

Turut hadir dipihak PKNP adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus Hal Ehwal Korporat, Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim serta Pegawai Perhubungan Awam, Puan Dhaleazafarina binti Md. Zabani. Manakala di pihak anak syarikat, PKNP AgroTech Sdn. Bhd. dihadiri oleh Pengarah Eksekutif, Encik Mohamad Zali bin Mat Aris, Pengarah Operasi Ladang Hulu Tembeling, YH. Dato' Haji Lias bin Md Nor serta pegawai - pegawai yang berkaitan.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.